Tuesday, November 07, 2017

parking jimat dan mudah ke klia dan klia2

aku dah pening. macam mana aku  nak parking kereta aku semasa aku pergi travel. biasanya aku dari temerloh naik bas jer ke hentian pekeliling. lepas tu naik LRT ke bandar tasik selatan. di bandar tasik selatan biasanya aku menapak ke terminal bersepadu selatan (TBS) untuk ambil jetbus ke klia2. ni lah laluan paling mudah dan jimat yang selalu aku buat bila aku aku pergi backpackers.

kali ni aku nak bawa family aku jalan2. 4 dewasa dan 1 kanak-kanak. diorang dah merungut. asyik2 abah jer pergi... huhu..
bila bawa family ni kenalah bawa kereta. takkan nak naik bas dari temerloh ni. letih weeehh...

aku cuba cari2 maklumat untuk nak parking kereta aku dalam blog2 travel. hohoho.. bagus..bagus.. memang ada maklumat yang terkini dan sangat bermanfaat. nanti aku linkkan ke blog2 yang aku dapatkan maklumat ni sebagai tanda terima kasih yer..

secara umumnya aku jumpa 4 tempat parking. meh sini aku kongsi dengan korang semua.

1. parking KLIA2

hohoho... dia punya bayaran.. hadoiyaii.. tapi ni lah yang paling mudah dan selamat. tempat parking berbumbung.



setiap hari RM46 untuk 3 hari pertama. hari ke 4 dan seterusnya RM 20

kalau aku pergi 3 hari....
parking : RM 138.00
minyak dan tol dari MRR2 ke klia2, pergi balik : RM 40.00

jumlah kos = RM 178.00


2. parking terminal bersatu selatan (TBS)

kat sini aku pernah parking masa aku ke vietnam tahun lepas. memang mudah dan agak murah. terletak di bandar tasik selatan. bangunan tepi MRR2 tu. satu kompleks dengan terminal bas.

dari sini korang boleh ambil bas ke klia dan klia2. tambang RM11 jer sehala. perjalanan bas lebih kurang sejam. bas pertama pukul 3 pagi dan bas last pukul 11.30 malam.



korang dah nampak gambar tu kan. so tak perlu aku bagi penerangan panjang lebar. mari aku kira kos kalau aku parking kat sini.

parking : 3 hari  = RM 22.00
tambang bas : RM11.00 x 5 orang x 2 hala = RM110.00

jumlah kos = RM 132.00 + pengalaman anak naik bas


3. parking park N ride putrajaya central (persen 7)

ni tempat parking yang aku tak pernah pergi. tapi rasanya senang jer nak jumpa. putrajaya tu pun memang aku pernah pergi. masa ni semua guna waze dan seangkatannya kan.. senang la..

parking berbumbung dan berdekatan dengan putrajaya central. dari sini kenalah ambil ERL ke klia2. ambil klia transit. jalan kaki jer ke stesen klia ekspres depan tempat parking ni. train pertama pukul 4:33am dan terakhir 12:38 tengah malam. tambang semua ada kat bawah tu.





hohoho... nampak macam murah. kalau parking siang RM 2 jer tapi lepas pukul 12 tengah malam tambah RM 4. senang kira sehari semalam RM 6.

mari aku kira kos kalau aku parking di sini.

parking : RM6 sehari x 3 hari = RM 18.00
tambang klia ekspres : RM 9.40 x 4 dewasa x 2 hala = RM 75.20
                                     RM 4.20 x 1 kanak-kanak x 2 hala = RM 8.40
minyak dan tol dari MRR2 ke putrajaya, pergi balik : RM 15.00

jumlah kos = RM 116.60 + pengalaman anak2 naik KLIA ekspres


4. parking salak tinggi park & ride

tempat parking berbumbung dan selamat. lepas parking, jalan kaki la sikit ke stesen ERL salak selatan tu.




dari stesen salak tinggi ke klia tambangnya murah jer. RM 4.90 sehala untuk dewasa dan RM 2.20 sehala untuk kanak-kanak. dari sini tren akan tiba di klia dulu kemudiannya barulah klia2. jarak perjalanan dari sini ke klia 10 minit jer.

mari aku kita kos kalau aku parking kat sini pulak..


uiiihh..... parkingnya murah je berbanding parking kat klia2. tapi lebih la sikit daripada parking di putrajaya.

parking untuk pukul 4 pagi hingga 2 pagi RM 3 jer tapi yang 2 jam tu, 2 pagi hingga 4 pagi RM 5  ooo.. kalau tiket parking termasuk dalam masa overnight parking tu kira parking sehari semalam la tuu.. RM 8.00

parking : 3 hari x RM 8.00 = RM 24.00
tambang klia ekspres : RM 4.90 x 4 dewasa x 2 hala = RM 39.20
                                     RM 2.20 x 1 kanak-kanak x 2 hala = RM 4.40
minyak dan tol dari MRR2 ke salak tinggi, pergi balik : RM 30.00

jumlah kos = RM 97.60 + pengalaman anak2 naik KLIA ekspres

tapi masalahnya aku tak pernah sampai salak tinggi. kang dibuatnya sesat pulak...haruuu..

haaaaaa... dah selesai analisis aku berdasarkan sumber2 daripada blog miera hassan dan mat drat. di laman web tu korang akan diterangkan secara lebih terperinci.

so, mana pilihan aku. nampak gayanya aku akan cuba parking di park N ride persen 7 putrajaya.


parking klia , parking klia2, parking murah, parking jimat, parking salak tinggi, parking TBS, backpakers, travel murah, tips parking klia klia2

1 comment:

  1. Parking Murah KLIA, Hanya RM10 sehari/kereta
    Lokasi dekat dan Tempat selamat, ada penjaga, berpagar dan cctv

    Maklumat tempahan:
    https://pkpshop.com/ParkingMurahKLIA.asp

    Contact:
    http://wasap.my/60123036203

    ReplyDelete

parking jimat dan mudah ke klia dan klia2

aku dah pening. macam mana aku  nak parking kereta aku semasa aku pergi travel. biasanya aku dari temerloh naik bas jer ke hentian pekelilin...